::Be with a person who you can't live without::
Don't click here!

Sunday, August 14, 2011

Jadikan diri sebagai duta perniagaan

Kteorg ni mint sbnrnyer denga pniagaan. ssuai la ngn misi n visi tmpt kteorg blja iaitu mlhirkn entrprneur n yg pndai dlm bbgai bidng. sbb law kje mkn gji je smpai ketua...umo bpenyer dpt mrse BMW yop..kan2?? hehe.. so korg bce2 la ni..ni bleh kte idola gak la..enjoy!

Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.


"Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda “personaliti” dan “duta” kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan “orang” berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan."


jobs1.jpg



  1. Langkah pertama untuk menjadi “personaliti” kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan “ngam” dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita… yang paling ngam!
  2. Langkah kedua dan amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.
Jadilah “duta” kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!

No comments:

Post a Comment